Patern diambil dari Nora, ringkas, senang ,cepat dan cantik cuma modal utk beli batunya agak lumayan. Tak kuasa memikirkan namanya...saya namakan sama seperti design Nora...Bunga Bintang.
PERTANDINGAN SULAMAM MANIK DAN LABUCI ANJURAN FTIMDC
Tarikh : 3 April 2010
Tempat : Tun Rahah Grand Ballroom, Yayasan Tun Abdul Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Masa : 11.30 pagi
Terdapat banyak agenda menarik yang telah disusun dan tidak lupa juga tawaran hadiah yang menarik, MENUNAIKAN UMRAH kepada JOHAN PERTANDINGAN kepada mereka yang menyertai pertandingan PIALA SULAMAN MANIK DAN LABUCI 2010.
Kepada mereka yang berminat untuk hadir ke acara “LUNCHEON” dan PIALA SULAMAN MANIK DAN LABUCI 2010, anda boleh membeli tiket yang berharga RM75.00 dari pihak FTIMDC. Bagi mereka yang telah menyertai BEADERS FAN CLUB yang diasaskan oleh Pn Rozita, peluang terbuka kepada anda untuk membantu menjual tiket acara tersebut. Mereka yang menjual tiket sebanyak 10 keping, akan memperolehi 1 tiket percuma untuk acara tersebut.
Jadi, apa tunggu lagi, silalah daftar nama anda bagi menyertai acara majlis gilang gemilang ini.
Maklumat lanjut mengenai acara dan butir-butir pertandingan bolehlah klik
ACARA PERTANDINGAN PIALA SULAMAN MANIK LABUCI 2010 n untuk borang klik di bawah
BORANG PERTANDINGAN
Friday, November 20, 2009
BUNGA BINTANG
Posted by izan72 at 10:07 AM 1 comments
Labels: BUNGA BINTANG
SHIMMERING FLORA- AZIENY
Material jenis ciffon...lepas tu 2 warna yg kontra. bahagian tangan saya jalin warna mengikut baju tapi leher pula saya jalin secara rawak..enjoys...ada 1 lagi sf..
Posted by izan72 at 10:02 AM 0 comments
Labels: SHIMMERING FLORA
Monday, November 9, 2009
Sunday, October 25, 2009
KELAS SULAMAN BENANG 1/09
sedang tekun belajar..
hasil kerja tangan ...pelajar
Fariha Glamstar, Hasifah, izan72,Balkis, Aznita.
Alhamdulillah..hari yang di tunggu tiba juga...walaupun 4 orang sahaja yang dapat hadir kerana seorang lagi kawan beaders iaitu Puan hasliza dari Damansara tidak dapat menyertainya kerana anaknya demam panas....Saya sangat-sangat gembira kerana semua pelajar mempelajari ajaran-ajaran saya dengan tekun...dan saya ingin memohon maaf jika ada terdapat kesilapan dan kekurangan semasa kelas dijalankan. Insyaallah saya akan memperbaikinya dimasa akan datang...Semuga yang hadir akan mempraktiskan nya ......Kepada Balkis dan Fariha Glamstar thanks sebab sudi datang ke kelas saya walaupun u all sebenarnya otai beaders.....Hasifah pula adalah kawan saya semasa sama-sama belajar manik dengan sifu saya NORAMANIK. Walupun ramai yang bertanya bila saya nak buat kelas manik pulak....insyaallah akan saya buat jika sambutan menggalakkan..tapi buat masa ini saya ingin menumpukan dulu pada kelas sulaman benang...jika yg berminat untuk belajar manik anda boleh pergi ke kelas NORAMANIK...kepada pelajar-pelajar jika anda perlukan lagi tunjukajar dan persoalan boleh merujuk pada saya dan datang ke rumah saya...pada bila-bila masa...insyaalah saya akan memberi tunjur ajar kepada yg memrlukannya...kiranya ini boleh dipanggil'servis after sale'(tak ada sebarang charge)dan call dulu sebelum datang...
Posted by izan72 at 9:19 PM 1 comments
Friday, October 23, 2009
KELAS SULAMAN BENANG 1-24.10.2009
Kelas sulaman benang akan diadakan pada 24 oktober 2009. Berikut senarai nama yang berminat menghadirinya. Insyaallah, kelas akan bermula pada jam 8.30 pagi...
1. Annural Balkis Mokhtar
2. Fariha Nuzuruhan
3. Aznita Nordin
4. Hasliza Ahmad
5. Hasifah.
Kepada yang tak berpeluang anda boleh menyertainya untuk kelas yang berikut iaitu pada 7 November 2009.
Posted by izan72 at 1:17 PM 2 comments
Saturday, October 17, 2009
Wednesday, October 14, 2009
TEMPAHAN DITUTUP
Rasanya kalau dulu-dulu mak saya kata hari raya haji hanya utk org gi haji je....tapi tempahan yg datang menderu-deru...nasib baik dan berehat 2 minggu dan nasib baik saya tak biasa buat baju raya haji kalau tidak melopong takde manik....maka dengan berat hatinya saya mengumumkan sekali lagi Tempahan Hari Raya haji telah ditutup...alhamdulillah murah rezeki saya tahun ni....Tempahan utk bulan DISEMBER aka bulan kawin..boleh lah hantar sekarang walaupun kerja2 pembuatannya hanya selepas raya haji...Terima kasih atas sokongan anda semua....saya sayang anda semua(ceh macam artis la plak)
Posted by izan72 at 11:47 AM 0 comments
Friday, October 2, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDL FITRI ..
Selamat hari raya aidil fitri buat semua.....lagi gambar sudila ke blig saya yg satu lagi...esahsblog.blogspot.com atau klik je CERITAKU di bawah kenangan terindah di sebelah.....
Posted by izan72 at 8:09 PM 1 comments

